Tuesday, September 17, 2013

ALAM MAHSYAR





1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti
tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali
Izrail & beberapa malaikat yg lain.. Selepas itu, Izrail pun mencabut
nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman
mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang
menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan
Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa". Ini menunjukkan kebesaran &
keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak
mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya
meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula
di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang
rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz
Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia
umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan
hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat
takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi
kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh
yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar.
Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal),
berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi
yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan
lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan
cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya.
Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu
turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta'ala. Seluruh
makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang
menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda.
Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas
kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti
keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-
bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan
dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul
atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan
mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu kolam ( ??? ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama
Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang
mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang
menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam
ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air
kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan
rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir
dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7
golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
1. Pemimpin yang adil.
2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan
berkata "Aku takut pada Allah".
6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang
ramai).
7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air
matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua
manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian
mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka
mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia
ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi
Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah
Ta'ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s.,
Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan
sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah
saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun
perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah
Ta'ala. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga
menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun.
Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang
malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun)
sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba
dibumi.

15. 'Arasy ( ??? ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah
(bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul
oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia
seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan
malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya
yang sangat kuat.

16. Kursi ( ???? ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy
yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih
kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah
ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu
dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan
masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa
silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab.
Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib
& 'Atid / Kiraman Katibin.

18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-
masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang
zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w.,
dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum
yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat
akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil
dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika
orang bukan mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca
Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai
lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang
gelap untuk menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4
mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam,
maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap
akan ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-
kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan.
Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang
ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang
dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya
menyeberangi titian sirat.

26. Syafaat Nabi Muhammad s.a..w. di akhirat :
a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan
mempercepatkan hisab.
b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta'ala.

27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh
Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini
berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000
orang yang lain.

28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga
melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian)
yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti
sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang.
Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000
tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun.
Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang
binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya
disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh
ke dalamnya.

30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap
makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang
sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam
neraka.



Rujukan:

Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.



Dalam sepotong ayat dan hadis ada menerangkan:

"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong." (An-Nahl ayat 105)

"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)

-Berpesan-pesan sesama insan-


Thursday, September 12, 2013

Projek Patung Bantal


Anda perlukan :
1.Jeans lama
2.butang @ kain perca utk matanya
3.kapas atau kain perca
4.ball pin atau pin biasa
5.mesin jahit @ jahit guna jarum n benang
6.masa & kesabaran

potong ikut lukisan kita
Mulakan dengan memotong bahagian:
2 untuk bahagian belakang,
2 untuk perut, Untuk bahagian perut tu anda guna bahagian belakang kain jeans lama.
2 untuk ekor dan
4 untuk sirip itu.

Bentuk setiap bahagian ikan dilukis dari bahagian belakang masing2.INGAT.semua bahagian dijahit dari bahagian dalam kain masing2. 

guna pin utk cantumkan bahagian2 kain tu
 Jahit ekor bersama kemudian pusing keluar bahagian dlm jahitan itu.Lakukan sama dgn sirip.Gunakan benang yg bsesuaian dgn warna nya.Jahitkn seperti benang dlm gambar agar lebih utuh n tegang kainnya sebagai ekor n sirip ikan.
guna jahit mesin lagi cantik

Jahit bahagian belakang paus plk mcm gambar tu.

lukis betul2 tau bru dpt jahit cntik


Jahit kain untuk perutnya dan buat sedikit bucu dan lipatan seperti dalam gambar.
guna pin utk mbentuk lipatan
Jahitkan bersama kain utk belakang ikan tu dan jgn lupa masukkan sirip diantara jahitan tu.Selesai utk bahagian sebelah kanan badan ikan.
ingat.jahit bahagian dalam kain ye
Pusingkan jahitan yang dah dijahit bahagian sebelah kanan badan ikan tu untuk memastikan kedudukan bahagian2 itu cantik ler.
buat pelan2
Ketika ini ia dilihat bahagian bucu tu atau untuk mulut tu nampak agak besar, jadi tambahkan jahitan untuk dikuruskan.hihi..
adjust mana yg patut
So jahitkan plk kain ekor ikan kat badan ikan tu sekali camtumkan kain untuk bahagian sebelah kiri bdn ikan plk jahit seperti bahagian sebelah kanan bdn ikan.
sabar2..
Jahit plk kain untuk matanya..ini guna sisa kain jeans semasa dipotong2 tu.jimat lagi.Untuk mulut ikan jahitlah mcm bentuk mulut tu.

buat ni jgn cantum dlu kain sebelah kiri tu ok.tkut terjahit bersama plk.hihi
nak cantik mata ikan tu jahit titik2 dlm mata tu guna benang hitam putih macm mata kita..
klu nk cantikla..

Semasa menjahit tu tinggalkan lubang utk dmasukkan kapas.
melalui lubang itu masukkan kapas.saya guna serpihan kain potong.jimat ye..last jahit tangan lubang tuu.
lubang ada dbawah dekat ekor tuu

ok dah siap bantal patung ni.haha!
SELAMAT MENJAHIT

 kalau yang ni susah,kamu boleh kumpulkan kain2 buangan pastikan tiada kain yg keras HANYA kain je then jahit kain bntuk segi empat atau bntuk apa2 je yg senang masukkan suma kain2 tu kt dlmnya.MAK saya ada buat 2pc BANTAL BESAR utk kami nonton2 tv kat kampung..SEBESAR MANUSIA.hihi..

tak sempat ambik pic tnjuk..uhu


Wednesday, September 11, 2013

Projek Tanam Sayur dlm pasu

salam..

sayur bukan sebarang sayur ok.ini sayur biasa2 je..pasu bukn sebarang pasu tp hnya bekas buangan je kita guna..so kalau nak berjimat,puashati dan berbaloi teruskan membaca jika x takpela..mcm kamu orgkaya...hihi.

Dulu2,sya tinggal dkampung mcm2 saya tanam.maklumlah ada halaman tanah kan..menjadi je.so now kat bandar..duduk pun bertingkat2 kan so kenalah tanam dlm rumah n perkarangan rumah je..

Tanaman dalam rumah nanti saya cerita dilain page.sekarang cerita tanam sayur dalam tanah bekas buangan.
ini senarai yang akan saya tanam :
1. Daun sup
2.Daun bawang
3.Pegaga
4.Lada/cili padi
5.Pokok kunyit
6.Pokok halia
7.Pokok lengkuas
8.Tomato kecil/cherry

ini je yg boleh kita tanam kat perkarangan rumah tau seperti di :
1.dekat dapur tingkap yang masuk cahaya matahari (boleh juga buat rak dekat tingkap tu)
2.di balkoni rumah ada je matahari masuk tempat jemur pakainkan..
3.di depan rumah cahaya matahari xmasuk tapi sgt luas utk pokok bernafas.udara panas kuar masuk.

Cara penjimatan :
1. Tanah kompos tak beli.ambik kat mana2 tanah tidak bertuan yang ada tumbuhan hidup kat tanah tu.
2. Pasu xbeli hanya guna bekas minuman,bekas makanan dan apa2 bekas je.mungkin beli pasu tapi pasu plastik yang xlebih rm5 kot..itupun kalau terpksa.
3. Baja langsung xguna.Tetap hidup punya~ guna air cuci beras dah berbaloi.
4. Biji benih pun xbeli ye.Beli buah je yg nak dimakan tu.

mcmnilah contoh nanti kita buat ye kwn2..hihi.CONTOH jee.









Wednesday, September 4, 2013

Mesin Cuci Murah & Terbaik

Salammm~

Ok.Saya dah tulis sebelum ni saya akan membuat tulisan yang berguna utk sesiapa je yg terbaca.so now diantaranya memilih mesin pencuci yg murah tetapi berkualiti.

Setelah SEBULAN meninjau SEMUA mesin pencuci dimalaysia ni saya boleh ikrarkan Insyallah pilihan saya ini terbaik.Saya suka yg mencari sesuatu barang yg murah tetapi berkualiti.Tetapi jgn fikir saya ni cincai orgnya ya..Tengok kakilaaa~hihi.

Ok!firstly kita hendaklah memilih mengikut BAJET,KEGUNAAN DAN JENAMA utk mesin itu.
sebagai contoh saya le ya.saya menetapkan bajet sebanyak RM700 sahaja,utk kegunaan mencuci selimut atau cadar tebal dan akan dtg utk pakaian byk anak2.Dan pilihan jenama tu MESTILAH buatan JEPUN krn terbukti apa sahaja brg elektronik dari jepun PASTI tahan rosak,Insyaallah~

Dan jgn lupa MENINJAU forum2 perdana mengenai mesin pilihan itu didalam internet google ok.Untuk pastikan tiada respon negatif dari orang ramai yg telah membelinya..

Dan akhir sekali SERVAY KEDAI.nak servay tu disarankan JANGAN jauh dari kawasan rumah anda!kerana,kos penghantaran mesincuci mungkin akan dikenakan dan kos minyak kenderaan anda jgk akn mningkat dan itu merugikan anda!Lebih baik minyak jln jauh tu ditambahkn dlm bajet belian mesin cuci kan..

Contoh saya tinggal dkwsan sungai buloh so saya memilih utk meninjau mesincuci pilihan hanya di 3 TEMPAT shj yg berdekatan spt SENHENG,COURTS & AEON utk mengelakkan kos minyak kereta & pmbaziran masa.SEBELUM meninjau ke kedai itu,hendaklah servay dulu kat WEBSITE diorang so senanglah nanti nak buat pilihan taklah pening kepala nt ye.

Hasil tinjaun Pilihan melalui internet saya ialah :
GIANT
-SAMSUNG WA95V3 7.5KG RM699 (buatan korea ni ok jgk)-courts pn ada sama harga!
SENHENG
-TOSHIBA TSB-AWA820MM RM699 
-PANASONIC NAF70B3 7KG RM699 (courts/aeon pn ada sama harga)
COURTS
-SHARP ESS712 7KG RM599 (senheng pn ada harga RM649)

*belian rm500 keatas free delivery bagi 3tempat ni~

Bawa list pilihan anda tu then tinjau plk kat kedainya yg bdekatan umah.Hasilnya!indah khabar dari rupa ye,harga diorg langsung TIDAK sama kat kedai.Nasib baik sy bawa list tu n bagi tnjuk kat diorg.Diorg takboleh buat apa2la kan..MESTI ikut jgk harga list sy tu krn diorg TAHU mrk tlah melnggar undang2 sbgai penjual.(mungkin skrg diorg dah tukar harga kat internet tu!hihi..)

Diorg ada kata pengangkutan berbayarlah n harga pun naikla so pastikn anda yakin katakan "ini sy lihat semalam'.mksd dia latestla tu.ok!AKHIRNYA kami pilih kat SENHENG walaupun katany harga yg dipaparkn kat internet tu sbnrnya harga utk MEMBER diorg.cehh!tipu lagi~tkpe kami terima itu.

PANASONIC NAF70B3 7KG RM699.00.


Semua aspek yg kami nak ada kat mesin ni.mulanya nak beli Toshiba tu tp suami xberkenan krn tiada tulisan blanket kat situ.aiyakk~saya buat kad member rm12 barulah dpt harga RM699 ni if x rasanya harganya rm799 kot & xrugi jgk coz dapat point 101..bole kumpul point n guna utk beli lain2 lg kt stu! TAPI kalau anda xnak point n jadi member tu belilah kat AEON ok!sama harga je tu.

Senheng menghantar setiap hari sabtu je.so kalau nak beli tu arrangelah masa anda!sy beli hari sabtu so seminggu tunggu.ahhh~

so SELAMAT MEMBELI YE.




Monday, September 2, 2013

insurans kereta MURAH!

Assalamualaikum n salam sejahtera.

Aku ingin share something about our car insurance.Cerita ni dah lama nak share tapi asyik terlupa.So apa yg akan aku bagitahu ni bolehlah memberikan sedikit info dan penilaian untuk anda memilih insurans kenderaan terbaik anda itu~



Ok.Saya introduce dulu tentang hubungan saya dgn insurans kereta ni.saya dah 4tahun bekerja sebagai Claim advisor dimana kerja saya ni melibatkan tuntutan insurans kenderaan.Kalau nak cerita hal ni memang payahlah.panjang wooo~tapi aku dah berhenti dah tahun lalu last bulan November 2012.Maklumlah ikut suami ke KL ni~

Ok.so mengikut pengalamanku nikan,(adui,mcm dah byk lupa ni) saya sarankan anda ambil lah insurans OCA-oriental capital assurance = Tune insurance UNTUK kenderaan komersial atau kenderaan berat cth keta hilux.Mengikut byk2 insuranskan insurans nilah byk cover utk kereta tau contoh Excess.Excess (Lebihan kos) yg terdpt pd kereta2 mahal le.Time aku kerja dulu inilah yg selalu ramai org xfaham bila diminta untuk membayar Excess ni.

Excess ni mls aku nk terangkan pnjg sgt mksd kefahamannya so OCA akan byr bila dibawah rm2000 tu so selamatlah korang kalau keta accident nak claim insurns kamu xakan diminta byr oleh workshop laa.If you all tak pasti ada excess or x try cek covernote/register insurans kamu tu.Pasti ada Excess so tgok la berapa diorg letak amaun.Ada ke x.ok.....



Now kereta private.kereta mcm kita2 nilah..Selagi anda beli insurans 1st party bermakna kereta anda masih berloan dgn bank dan bermakna mahal la insurans keta yg nk dbyr tiap tahun.but dont worry setiap tahun insurnce payment akan semakin rendah mengikut susutnya nilai market kereta anda.haha!maksdnya semakin xbernilai kereta anda semakin kuranglah insurans nak cover you all..hihi.Dan utk memaintainkan pengurangan kos pembayaran insurans tu pastikan kamu TIDAK pernah menuntut sebarang insurans kereta.

Kalau setakat kerosakan kecil atas kesalahan anda sendiri repair sendirilah.Kalau dilanggar org minta toleransi org tu byr cash jgn nak berlagak nk claim insurans kat workshop walaupun kamu tak salah krn kamu juga PASTI ada kerugian.Believe me.Dan INGAT.Jgn sesekali melanggar kereta org atau buntut kereta org krn walau kamu tak salah kamu TETAP dipersalahkan!Amaun pembayaran insurans pun akan meningkat bila diorg tu claim insurans~!!!

So pointnya disini jika dah abis byr loan keta tu sy sarankan bertukarlah ke insurans 3rd party.Kerana sia2 anda byr mhl2 klu cover pun ciput.

Saya dah servay dah harga semua insurans dmalaysia.Memanglah jauh beza harga di sabah dan semenanjung ni.Kalau nak beli kereta kat semenajung plk lebih MURAH.tapi kalau beli insurans kereta di sabah plk lebih MURAH.Nasiblah..

So insurans yang paling MURAH ada 2 tempat.ETIQA (maybank) dan UNI ASIA.untuk kereta saya,ETIQA lebih murah antara semua JIKA umur saya mencecah 25tahun ketas!!so saya belilah UNIASIA kedua termurah dimalaysia.

Apapun pilihan anda bagi saya insurans ni xperlula kalau kita berdoa dan berhemat memandu.Pilih murah dan berbaloi ok.

Wassalam~babye!