Tuesday, August 26, 2014

CILI BOH BUATAN SENDIRI

ini cara memudahkan anda ye bila memasak.lagipun memberi kesihatan keluarga.Cara membuat cili boh dirumah tahan lama dan cara mudah membuang biji cili kering.

1. Beli lah cili kering 250grm ke sukahati anda.

2. Buang batang kepala cili kering tu kalau ada lah.Guna gunting.

3. Bila ko buang kepala cili kering tu potongla sekali menjadi 2-4 keping sukahati.
Automatik akan keluarlah sedikit demi sedikit biji2 cili tu.TAK PERLU susah nak usahakan bagi    keluar biji2 tu ye.Buang masa okay! kita ni nak senang jer..

4. Pastu ko rendamlah semalaman..Jgn simpan kat dlm peti ais ok.

5.Then,ko cucila dibawah air paip mengalir..Gunakan saringan untuk menyaring keluar biji2 yang banyak itu.cucilah brpa kali ko suka..

6. Setelah siap,ko ambikla yang ko nak guna seminggu tu.cth sekepal tangan tu ko blenderla dan simpan kat bawah peti ais biasa utk kegunaan seharianmu.Inilah dipanggil ciliboh.

7. Yang lain2 tu ko asingkan kat dalam plastik mengikut kuantiti kesukaan kamu then masukkan kat freezer.Boleh tahan berbulan2..Bila nak guna rendam air 2minit dah boleh blender.


CARA LIPAT SELUAR DALAM ATAU SPENDER ;]

Cara lipat bulat seluar dalam kita. ;p

Lipatan ini menjimatkan ruang penyimpanan anda.
Cubala..

No.6 tu selepas itu,ambil belahan pertama kemudian tutuplah keseluruhan bulatan tadi.
macam buat lipatan bulat stoking kita tuuu~

Sup Ayam Simple Dan Sedap tanpa sup bunjut dan kiub ayam


Aku rupa2nya boleh buat blog kat hp jer.hehe..jakunnye aku.ok jom cuba senang jer.

Kalo aku cari resepi aku xsuka tengok ramuannya.aku trus tgok kpd cara2 buatannya.so jom ikut cara aku!

Mula2 perapkan limau nipis atau limau kasturi pada ayam nak dguna.mana2 bhgian ayam je.mcm aku cmpur kaki ayam sikit dan daging ayam.perap brpa lama ko suka.aku 5minit je sambil buat kerja lain!

then,ko panaskanla air paip ko tu kat kuali dan masukkan hirisan daun saleri atau daun sup.daun saleri rasa kuat baunya.aku guna daun saleri.

setelah mendidih tu air ko masukkan teruslah ayam perap ko tu.ko nk cuci ayam slps perap bole ko xcuci pun boleh.aku xcuci baru rasa masamnya sikit..



Di kuali lain ko gorengla hirisan bwg merah.Pastu alihkan.

Skrg tumis plk bawang putih yg sudah ditumbuk halus atau blender.Siap tumis ko letakkan ke dalam rebusan ayam di atas pic ni.

Masukkan sekali lada putih yg sudah dtumbuk kasar atau blender.Masukkan jgk Serai yg diketuk dan hirisan cilipadi sukahati.

Sesuaikan rasa Garam ke atau Aji..Lastly masukkan gorengan bwg merah td.
Hasilnya Yummy!!

Senang jer tidak guna sup bunjut ke atau kiub ayam untuk buat sup ayam ok.

bukti sedap n berkesan ni.
Ni pembuka selera suami yg rasa kenyang atau tidak selera konon..hehe

Thursday, August 14, 2014

KEPERLUAN ATAU KEHENDAK?

salam..dilema punya pasal..aku ada 4point utama dalam hidup ini.
aku dilema nak fikir samada nak simpan duit untuk mana dahulu?
kami ni bukannya kaya sangat pun miskin pun tidak.
dibawah ni kekekiluruan..keliru.kekeliruan!adoii..sebut pun xboleh dah!

RUMAH
husband kata nak simpan duit untuk beli rumah ke-2 padahal kami dah ada rumah sendiri.
dgn adanya rumah lebih ini ia boleh jadi income kami dgn memberi sewa.

KERETA
saya kata keluarga saya ramai yang datang dari jauh untuk bercuti dan berjalan2 kesini.
tapi kami punya 1kereta kecil dan pastinya xmuat org ramai.kereta pertama boleh dibuat income jgk dgn pajak dan sewa.

HAJI
mak saya kata menabung untuk haji kerana ia wajib selagi kita punya harta dan mampu.

UMRAH
kami nak ke umrah sahaja kerana memang fikir tidak mampu kumpul duit haji.sekurang2nya dapat melihat kaabah depan mata.

so yang manakah kehendak dan keperluan yang perlu di utamakan mengikut pilihan?
pendapatku.
1.KERETA
2.UMRAH
3.RUMAH
4.HAJI

pendapat anda?

Wednesday, August 6, 2014

RACK SHOE STORAGE IKEA SEBAGAI HIASAN RUMAH

Hai..amboi3..raya sakan 2014 ye?sama ler..sape yg bersedih tu tabahkn hati ye..semoga Tuhan sntiasa mendengar doamu.

kali ni terus nk bagi idea bagaimana nak pasang tempat penyimpanan kasut IKEA yg popular ini iaitu TRONES shoe cabinet/storage.Pasti ramai dah beli kan dan tercari2 idea bagaimana nak pasang sesuaikan dengan aturan rumah.Ok jom tengok gambar contoh!

TRONES Shoe cabinet/storage IKEA The cabinet takes up little space as it is shallow, and is ideal for storing shoes, gloves and scarves.

TRONES
Shoe cabinet/storage, white,green & blue

RM119  / 3 pieces

diatas ni memang harga semasa kat ikea damansara.sentiasa berubah harga dan selagi stok masih ada.warna pun pilihan ada 3 je.boleh semak kat web ikea www.ikea.com.my

Bilik tidur utama

simpan baju-baju dan mainan anak2

untuk kasut yang terlebih banyak

simpan lebihan stok barang mandian di bilik mandi

Simpan buku-buku di ruangtamu


Balkoni
ok..bagaimana?ada idea lain?cubala dan ambil gambar kongsi kat kita..bye~



Tuesday, July 8, 2014

5 TIPS JANGAN LAKUKAN

salam, semasa memikat, ada beberapa
perkara yang anda perlu jauhkan.

1) jangan terlalu baik. Jika dia minta anda sesuatu,
adakalanya bolehlah turutkan. Tapi jangan turutkan semua
perkara. Anda akan kelihatan tak menarik,mudah
diperalatkan dan tiada harga diri. Bahaya ni ya! Belajarlah
untuk menolak beberapa permintaan. Ia akan menunjukkan yang
anda juga manusia biasa yang juga ada masa sibuk dan lapang.

2) jangan cakap pasal perasaan terlalu cepat. Ada orang,
baru pertama kali dating dah tanya bila nak couple. Selagi
dia tidak tertarik pada anda, soalan ini akan tutup hatinya
lagi cepat dari keretapi ekspress.

3) Jadi apa yang anda patut jadi. lelaki sepatutnya
jadi dominan, bermakna menguasai. Jika lelaki pula asyik
menurut kata gf, susahlah. Perempuan pula perlu patuh
pada lelaki. Oleh itu, jangan pula cuba menjadi "queen control".

4) Jauhkan dari berkata yang buruk. Jika anda selalu merungut,
dalam mata dia anda ini adalah perungut. Jika anda selalu marah-
marah, dalam mata dia anda ini panas baran. jaga perkataan anda,
nampak mudah tapi ia akan menentukan samada dia sudi berpasangan
dengan anda atau tidak.

5) Jangan gelak pada dia. Setiap orang mempunyai minat berbeza.
Jika dia suka justin bieber, anda diam sahaja. Jangan mengutuk
dan mengeji justin bieber di depan dia. Sama juga jika dia
minat lady gaga. Berlakonlah atau diamkan sahaja. Peluang anda
akan lebih mudah jika anda mempunyai minat yang sama.

http://static.guim.co.uk/sys-images/Money/Pix/pictures/2010/6/18/1276879965392/mortgage-warning-unmarrie-006.jpg












OK LAST ARTIKEL TENTANG CINTA-CINTA.kalau ade sesapa yg nk tahu byk tentang artikel cinta2 ni search kat tulisan lama kat sebelah ni ye..bye~
sharing is caring.TQ En.Fikri.

TOLERANSI

cerita ni terkena jgk skrg dbatang hidung aku..nahhh..aku lupa dah tips penting ni.ok jom share.

Ada seorang rakan perempuan saya yang
putus dengan teman lelakinya. Atas satu sebab
yang saya kira kesian juga lah. Ianya adalah
sebab teman lelakinya menyampah dengannya.

Dia kata lelaki itu tidak dapat menerima dia
seadanya. Bila saya tanyakan teman lelakinya,
dia kata

"Macamna, aku setiap pagi hantar dia
pergi kerja dan balik kerja, rumahnya dahlah jauh.
tapi sebab sayang akan turutkan juga. tapi
bila aku lewat pula boleh dimarahnya aku. Dah cukup
baiklah aku hantarkan dia dari dia pergi kerja naik bas.
Belum lagi cerita pasal cemburu. Setiap masa
nak check telefon aku padahal aku ni dah setia dah"

dan cerita itu tak berakhir dengan indah. Panjang nak
baca kan?

Dalam perhubungan, tolak ansur adalah sangat penting.
Anda tak boleh menjadi king atau queen, sebab hubungan
dicipta atas dasar kerjasama. nanti dah kahwin, lagi
banyak nak kena tolak ansur.

jangan fikirkan kepentingan anda sahaja. Pasangan anda
bukanlah alat untuk anda bersenang lenang dan hidup
macam maharaja.

Oleh itu, marilah kita muhasabah. Jangan terlalu
menekan pasangan kita. Jangan pula naik suara atau
cuba-cuba jadi diktator ya.

Dan akhir sekali, jangan sampai dia fedup pada kita ya !

 http://zev.lacounty.gov/wp-content/uploads/valentine-broken-heart1.jpg

TIPS PENTING MEMIKAT

salam,hari ini saya nak kongsikan
cara untuk memudahkan dia untuk jatuh cinta
kepada anda. tetapi saya nak tanya anda dulu,
adakah anda rasa badan yaang sasa
atau langsing itu penting?

"penting ke nak jawab ni?" ha sabar ya..
teruskan bacaan anda..saya akan jawab sebentar lagi..

Ada sesetangah orang tak kesahkan perkara ni,
tapi kalau anda miss satu point penting ni,
memang susah anda nak memikat...

ianya adalah..

jeng jeng jeng.....

Apa yang penting adalah, adakah penampilan anda
nampak berkeyakinan

ok ini penjelasannya. jika postur badan anda
sendiri nampak tidak berkeyakinan, maka susahlah
bagi anda untuk memikat dia jangan bongkokkan badan
anda, kerana anda akan kelihatan defensif dan juga
kurang yakin dengan diri anda.

Jika anda sendiri tidak kelihatan yakin, bagaimana
pula anda nak meyakinkan dia kan?

ok lihat ini pula. Jika anda berjalan dengan dada
membuka, pandangan mata yang jelas, senyuman yang
berkeyakinan adakah anda rasa lebih hebat dan
berkeyakinan?

Sudah tentu. Dan memang pasti! Dan lagi mudahlah
untuk dia jatuh hati pada anda.

Tak kiralah sehebat manapun ayat anda, manis
bagaimanapun rupa anda, jika penampilan anda tidak
bagus, peluang anda mungkin
akan menjadi lebih sukar.

Betulkan postur badan anda. Dan jangan lupa beli
baju baru ok!

P/s : Tak perlu yang branded...yang penting nampak
berkeyakinan ye :)

http://static.fashionbeans.com/wp-content/uploads/2011/05/smartcasualmain.jpg

3 TIPS DISUKAI DAN DIMINATI

1) Anda semak semula pakaian anda. Adakah pakaian anda itu
anda rasa cantik atau tidak. Jika selekeh, sila tukar kepada
yang lebih elok.

2) Cari orang yang ingin dipikat "dalam league" anda sahaja.
maksudnya disini, yang di dalam lingkungan anda. Sebagai contoh,
kalau anda ustaz, cari lah ustazah. kalau anda rockers, carilah
yang sama dengan anda.

3) Cari orang yang mudah bersembang. Sehensem mana atau
secantik mana orang tu, tak ada gunanya kalau orang yang anda
kawan tu mulutnya diam sahaja. Cuba tengok pada couple lain,
bukankah kedua-dua pasangan itu sama-sama banyak cakap?


-NI JER SY DAPAT TAHU...


http://d2tq98mqfjyz2l.cloudfront.net/image_cache/1356533996869916.jpg

SAJAK KECEWA UNTUK SUAMI

Ganjil hari ke 3 hari ini aku berperang dingin terhadap suamiku.

puncanya biasalah asam garam rumah tangga..jadi dikala ini aku geram n sakit hati aku tertulis pula sajak...aku mmg begini.suka layan perasaan...

cerita cinta aku dan dia,
ku menunggu kehadiran dia,
ku berjanji akan setia,
tetapi sekarang aku terluka..

Beban dihati semakin menjadi,
rintangan ditempuh menjadi-jadi,
apakah yang sudah terjadi
aku terfikir di dalam janji...

Duhai suami duhai kekasih,
apakah engkau tidak mengerti,
hati sakit tidak terperih,
adakah engkau nak aku pergi?

http://www.desibucket.com/db/01/8967/8967.jpg

Thursday, May 22, 2014

LUAHAN HATI SEORANG SAHABAT

Hai.kali ini aku nak share ttg pnjalanan hubungan psahabatnku.

kalau nak cerita memang panjangla..tapi aku nak cerita 1 orang sahabat ku ni sahaja dulu.
Aku temui dia semasa berumur 7thun.time tu aku masih igt dia comel.rambut keriting di ikat tinggi dan dia agak gemuk time itu.

dtakdirkan kami satu kelas sejak darjah 2 hingga tingkatan 3.8tahun bersama aku dah cukup kenal dia.
kami mulai rapat sejak darjah 3.memang aku mengaku dia slhsatu shbtku yg mpengaruhi kebijaksanaan ku dlm pembelajaran.syukurlah aku menjumpainya jika tidak mungkin aku xsedar yg aku hrus pandai bljr.

Dia seorang perempuan yg agak naif tentang fesyen.dia seorang perempuan yg sabar dan pendiam orgnya.sebaliknya aku org yg periang dan aktif!walupun bgtu kami tetap menjadi sahabat baik yang popular selama 8tahun pada masa itu bersama seorang lagi sahabat.kami bertiga sangat akrab seperti belangkas.kami memang takboleh dipisahkan.

Bahagia sungguh kami.walaupun mengenangkan nya aku tetap tersenyum indah.seolah2 sekolah itu hak milik kami.hanya kami hidup bertiga..

Kami bersaing untuk mendapatkan kputusan cemerlang.kami bertiga seperti bola kadang melompat kadang mendatar..Keputusan PMR keluar dan diriku yg disangkakan mendapat keputusan cemerlang tidak mendapat spt yg dharapkan dan diyakini oleh semua org.Manakala dia dan sahabatku sorang tu juga mendapat keputusan cemerlang..aku hanya no.4 dalam sekolah itu....

Slps itu kami membuat keptusan utk berpisah mengikuti haluan masing2..kami berpisah sekolah sejak tingkatan 4 namun kami tetap bersama studygroup dilibrary.pelbagai onak duri kami masih hadapi bersama..

Hubungan kami kekal utuh wlupun habis SPM aku bekerja,dan mereka masih belajar .
Sehinggala dia mendapatkan pekerjaan di kota kinabalu dan mempunyai kekasih..
aku dpt tahu kekasihnya tidak menyukai aku dan shbt ku seorg itu.takpe.aku masih terima..
aku sanggup dtg sendiri menemui dia setiapkali dia kecewa dgn kekasihnya...

selepas itu...byk aku lakukan utk dia kerana kekasihnya tu.aku korbankan masa dan lelahku utk dia shbtku semata2 atas sebab kekasihnya biasanya...slps itu,aku sedar aku seperti dipergunakan.

aku terpikir 'dia xpernah mbntu aku walau aku dlm kesulitan..dan dia lebih melayan kekasihnya drpd shbt yg snggup berkoban jiwa utk dia.'

Walaupun smasa aku berkahwin dia sbgai shbtku langsung tidak datang menemuiku..hadiah pun aku xharap tidak jgk kutrima sbgai tnda hdia seorg shbt.aku rasa terhina...namun aku tetap mlyn dia sprt biasa.

Sejak mndalami ilmu agama sdkit dmi sdkit..dgn bntuan suami ku,aku telah mbuat keptusan utk memutuskan phubungn smntara bukn krn dia xmghargai ku tetapi aku xnak trusan mlihat dia jauh hanyut dari agama sbnr.
setelah aku cuba utk mgubah dia namun dia tetap memilih jalan terpesong dr agama kita.......hmmmm.

sudah hampir setahun kami lost contact.Aku teringat pd dia.tapi adakah dia mengingatiku?dia xpernah mencariku..Adakah selama ini dia tidak menganggap aku sahabatnya?Adakah pengorbananku selama ini utk dia dan ku lebihkan shabat dari keluargaku hanya sia2?.....

Dia xtahu..walaupun aku peramah dan mudah berkawan namun bagiku title SAHABAT amat sukar utk aku berikan pada seseorang.....Ya Allah luruskanlah hati kami.

http://api.ning.com/files/dzJVcnA3Xm1D1NmaatMKIAh5HTIHTSc*IjCmPJxSr7uxh1ynX1kiEpRAXgAax81aggBzj40IiodqsFlQCwBj-G3X1NWUK7*z/bestfriendtherapy.jpg



Tuesday, May 20, 2014

PLAN INTERNET MURAH

kali ni utk rekodku ialah plan internet murah utk aku.memandangkan aku guna CELCOM & DIGI,jadi aku ada pilihan nk guna apa kan..

utk CELCOM UOX ku ni aku prefer plan internet SOCIAL RM10!jimat ler..xpya pkir kdt expire or x.








memandangkan guna celcom UOX ni,kredit aku xakan expired sehingga adik ku berumur 25thun.(regster guna no ic adik loo).utk celcom biasa boleh jgk subcribe data plan diatas ni asalkan kredit anda tidak xexpire okay..

seterusnya,plan data internet DIGI.aku guna RM3 seminggu tu tapi kena buka tenet melalui OPERA MINI lor..




Weekly
RM3
Weekly
RM5
Weekly
RM7
Monthly
RM18
Monthly
RM30
Quota 0MB 100MB 250MB 300MB 1GB
Unlimited Social Messaging**
Unlimited Internet Surfing**
Validity 7 Days 7 Days 7 Days 30 Days 30 Days
Dial to subscribe *116*1*1# *116*2*1# *116*3*1# *116*6*1# *116*4*1#
• Unlimited Internet surfing via Opera Mini.
To download, SMS OPERA to 2000 or visit m.opera.com
so kena dwonload OPERA MINI dlu utk dptkan unlimited data..OPERA MINI ni xbestlaa..tp bolehla buka.takde limit kan..so terpaksalah layan~ oppss pastikan kredit tak expired ye.kalau x biar kamu dah subcribe pun kalau kredit expired xboleh jgk..uhu

SELAMAT MEMILIH~!!

 

Monday, May 19, 2014

AMALAN RINGKAS DI MALAM NISFU SYAABAN

tahun ni jatuh pada tarikh 12/06/2014.hari isnin tu ye.so take note evryone~
 


time tu saya balik sabah dah..so mungkin takde masa nak update utk igtkan u ools~
so ini amalan yang mudah bagi saya.

Allah SWT memenuhi keampunan dan Rahmat-Nya pada malam ke-15 Syaaban, maka umat Islam digalak memperbanyakkan amal ibadat dengan membaca:
  • Kalimah syahadah,
  • Surah Yassin tiga kali,
  • Beristighfar,
  • Berselawat dan berdoa,
  • Bertasbih, tahmid, tahlil dan takbir. 

TIPS DAPATKAN KATA CINTA DARI SESEORANG 3/3

Langkah seterusnya

-------------------------------------------------

Seterusnya, pada date yang akan datang, anda pun silalah
keluar dengan dia...dalam masa ini, mainkan emosi anda
dengannya...


Pada ketika anda berdua sudah pergi dating, dia pasti
sangat gembira sebab hasratnya mahu berada bersama anda
sudah tertunai. Jadi semasa dia sedang gembira inilah,
masa yang paling sesuai untuk anda buat dia cakap i love u.

Buatkan situasi ini. pilih tempat yang sesuai dan romantis
agar kedua-dua anda merasakan perasaan yang sama. Pada
masa ini, anda akan dapat lihat dari bahasa badannya yang
dia memang selesa dengan anda,

Mulakan cerita tentang perasaan, yang anda suka kalau
anda ada dengan dia?, dan anda tanya balik adakah dia
suka bila berada bersama anda.

antara dialog yang anda boleh guna ialah :-
bertanya dia " saya tak tahulah awak rasa atau tak apa
yang saya tengah rasa sekarang ni".

Dia tanya , "awak rasa apa tu ?"

Awak cakap " saya rasa bahagia sekarang ni". (sambil lihat
ke dalam matanya).

Kemudian jika dia senyum, tersengih atau sebagainya...
lihat reaksi dia, jika positif, proceed dengan ayat ini.
hanya proceed dengan ayat ini jika anda lihat dia sedang
berbunga2...dan jangan proceed jika anda lihat dia
macam xde perasaan...

Lihat ke dalam matanya selama 4 saat dan ucap...

"i love u awak" atau "saya mahu awak jadi teman hidup saya".

Jika dia balas balik, baguslah! Anda dah pun boleh jadi
couple. Tapi biasanya, perempuan lebih mudah untuk ucap
'i love u' manakala lelaki lebih mudah untuk ucap 'i love
u too'..lelaki biasanya susah nak mulakan dulu sebab
mereka tak berapa pandai luahkan perasaan mereka.

Tetapi jika lelaki mulakannya dulu pun tak apa, tapi
jangan berharap sangat ya :)

Peringatan: lakukan hanya jika anda dan dia merasakan
perasaan in love yang sama..jika tidak, bersedia untuk
keadaan yang lebih buruk.

Peringatan kedua : Saya tiada jaminan. ia tertakluk juga
kepada jodoh anda yang dituliskan tuhan di loh mahfuz.

sharing is caring..saya sudah berjaya.Anda plk bagaimana?

 

TIPS DAPATKAN KATA CINTA DARI SESEORANG 2/3

Ok, saya mengandaikan yang anda dengan dia
dah berkawan lama dan dia memang suka dengan
anda. Dia suka anda dan anda suka dia, anda sudah
cipta tarikan, persamaan dan keintiman dengan dia.

Apa yang anda perlu buat adalah rapatkan keintiman
anda dengannya. Anda jadi sangat rapat dengan dia...
anda perlu kelihatan seperti ASET yang dia rasa, dia
perlu sangat memiliki anda. Pada ketika ini, emosi anda
dan dia sudah membuak-buak. Dia selalu ingat kepada anda
dan anda selalu ingat kepada dia..

Pada ketika ini, anda buat dia gembira, buat dia happy
dan buat dia bagaikan manusia paling bertuah di dunia
ini. Layan dia sampai bila anda tak ada, dia rasa susah.
Buatkan bila anda tak ada, dia rasa sunyi atau keseorangan.

Pada sampai satu tahap untuk anda pergi lebih serius,
check dulu setakat mana dia sukakan anda. dari 100%,
buat penilaian anda rasa berapa banyakkah dia sukakan anda.

Adakah 50%, adakah 70% sukakan anda?

Bagaimana nak check dia suka saya tu?

Dengan lihat pada bahasa badannya, tahap keselesaaan dia
dengan anda. Jika dia sampai tahap ceritakan hal
peribadinya dengan anda, itu dah cukup bagus...
itu bermakna dia percayakan anda...

ok teruskan bacaan...

Jika anda rasakan dia sukakan anda lebih 50%, apa
yang anda harus buat adalah anda harus biarkan dia
sendiri fikir yang dia jatuh cinta dengan anda,

Ini caranya...

Anda undur diri anda perlahan-lahan pada ketika dia
semakin sukakan anda...

Hakikatnya, bila seseorang itu sangat sukakan anda
dan mula sayangkan anda, apabila anda mengabaikan
dia, dia akan menjadi marah. Bunyinya agak berbahaya.
Tapi saya cadangkan anda cuba dulu..

cuba lihat pada ibu bapa anda sendiri, jika mereka tak
mahu bercakap dengan anda, anda pun akan merasa pelik
dan mula rasa bersalah. Mula la anda nak menegur mereka
dan cuba mengambil hati mereka bukan? lagi mereka tak
tegur anda, lagi anda susah hatikan?

Jika anda mengurangkan call, tetapi dia yang banyak
call anda, yes, anda dah berjaya sedikit.

Jika anda buat2 tak mahu pergi dating atas alasan
kerja, dan dia merajuk atau marah, ini menunjukkan
yang dia 'kesah' apabila anda menolak permintaan dia.
Ini tanda yang anda ini sudah mula 'attached' dalam
hidup dia.

Jika anda kurangkan date anda kepada seminggu sekali,
dan tak angkat call dia dengan segera dan tak tunaikan
permintaan dia secepat kilat, dan dia marah, ya dia
memang kesah bila anda tak ada dengan dia.


Lihat balik, adakah dia semakin tergilakan anda atau
semakin tak kesah yang anda tak wujud. Adakah anda
rasa tahap dia sukakan anda meningkat. Jika dari 50%
menaik ke 60%, anda dah berjaya.


jadi jika dia semakin tergilakan anda, asyik call dan
mula memujuk rayu, yes anda dah berjaya.

 Langkah seterusnya..BERSAMBUNG..


TIPS DAPATKAN KATA CINTA DARI SESEORANG

saya akan kongsikan teknik
untuk buat dia cakap 'i love u' pada anda.

bagaimana nak buat dia cakap i love u ni? Sebenarnya ia
lebih kepada bagaimana cara anda dengan dia hendak minta
couple atau membuat ikatan yang anda berdua ini sudah
bersedia untuk menjadi pasangan.

Satu perkara yang pasti, jika anda ucapkannya terlalu awal,
baru keluar dating dengan dia 2 kali dah cakap macamtu,
habis lah anda.

Waktu yang terbaik untuk buat dia ucap i love u adalah
apabila dia sendiri sedar yang dia 'love' anda. Anda harus
bijak untuk buat dia sedar yang anda inilah orangnya
untuk dia.

Ini strateginya, ingat lagi tak 3 unsur penting ini?

Tarikan + persamaan + keintiman = jatuh cinta

 First, make sure
yang ketiga-tiga unsur ini telah dipenuhi.

Bersambung....

 

Tuesday, April 22, 2014

pokok hiasan dlm rumah utk sudut rumah yg gelap.

1. Snake plant (Sansevieria Trifasciata)
2. Spider plant (Chlorophytum Comosum)
3. ZZ Plant (Zamioculcas zamiifolia)
4. Lucky Bamboo (Dracaena Sanderiana)
5. Peace Lilly (Spathiphyllum Wallisii)

ok..dia atas ni nama2 saintifik utk pokok2 yg mampu mberi pencahayaan semulajadi kat rumah kita.Terutama kat kondo n aprtment yg kurg mndapat pencahayaan dari luar rumah.ok anda bole try ni.
 byk jual kat nursery tau.





5 jenis pokok hiasan rumah yg membahayakan haiwan peliharaan anda!

Nah..ini pokok tak bahaya pada manusia ye tapi ada toksik iaitu racun kpd haiwan peliharaan dirumah kita contohnya kucing & anjing.so watch out,there are dangerous for your pets~!

Nama saintifik pokok :
1. Dracaena marginata
2. Sansevieria (also known as Mother-in-Law's tongue)
3. Ficus
4. Philodendron 
5. Bromeliad

Ni gambar2nya :

a Dracaena marginata house plant
NO.1
null
NO.2

null
NO.4
null
NO.3
null
NO.5