Thursday, May 22, 2014

LUAHAN HATI SEORANG SAHABAT

Hai.kali ini aku nak share ttg pnjalanan hubungan psahabatnku.

kalau nak cerita memang panjangla..tapi aku nak cerita 1 orang sahabat ku ni sahaja dulu.
Aku temui dia semasa berumur 7thun.time tu aku masih igt dia comel.rambut keriting di ikat tinggi dan dia agak gemuk time itu.

dtakdirkan kami satu kelas sejak darjah 2 hingga tingkatan 3.8tahun bersama aku dah cukup kenal dia.
kami mulai rapat sejak darjah 3.memang aku mengaku dia slhsatu shbtku yg mpengaruhi kebijaksanaan ku dlm pembelajaran.syukurlah aku menjumpainya jika tidak mungkin aku xsedar yg aku hrus pandai bljr.

Dia seorang perempuan yg agak naif tentang fesyen.dia seorang perempuan yg sabar dan pendiam orgnya.sebaliknya aku org yg periang dan aktif!walupun bgtu kami tetap menjadi sahabat baik yang popular selama 8tahun pada masa itu bersama seorang lagi sahabat.kami bertiga sangat akrab seperti belangkas.kami memang takboleh dipisahkan.

Bahagia sungguh kami.walaupun mengenangkan nya aku tetap tersenyum indah.seolah2 sekolah itu hak milik kami.hanya kami hidup bertiga..

Kami bersaing untuk mendapatkan kputusan cemerlang.kami bertiga seperti bola kadang melompat kadang mendatar..Keputusan PMR keluar dan diriku yg disangkakan mendapat keputusan cemerlang tidak mendapat spt yg dharapkan dan diyakini oleh semua org.Manakala dia dan sahabatku sorang tu juga mendapat keputusan cemerlang..aku hanya no.4 dalam sekolah itu....

Slps itu kami membuat keptusan utk berpisah mengikuti haluan masing2..kami berpisah sekolah sejak tingkatan 4 namun kami tetap bersama studygroup dilibrary.pelbagai onak duri kami masih hadapi bersama..

Hubungan kami kekal utuh wlupun habis SPM aku bekerja,dan mereka masih belajar .
Sehinggala dia mendapatkan pekerjaan di kota kinabalu dan mempunyai kekasih..
aku dpt tahu kekasihnya tidak menyukai aku dan shbt ku seorg itu.takpe.aku masih terima..
aku sanggup dtg sendiri menemui dia setiapkali dia kecewa dgn kekasihnya...

selepas itu...byk aku lakukan utk dia kerana kekasihnya tu.aku korbankan masa dan lelahku utk dia shbtku semata2 atas sebab kekasihnya biasanya...slps itu,aku sedar aku seperti dipergunakan.

aku terpikir 'dia xpernah mbntu aku walau aku dlm kesulitan..dan dia lebih melayan kekasihnya drpd shbt yg snggup berkoban jiwa utk dia.'

Walaupun smasa aku berkahwin dia sbgai shbtku langsung tidak datang menemuiku..hadiah pun aku xharap tidak jgk kutrima sbgai tnda hdia seorg shbt.aku rasa terhina...namun aku tetap mlyn dia sprt biasa.

Sejak mndalami ilmu agama sdkit dmi sdkit..dgn bntuan suami ku,aku telah mbuat keptusan utk memutuskan phubungn smntara bukn krn dia xmghargai ku tetapi aku xnak trusan mlihat dia jauh hanyut dari agama sbnr.
setelah aku cuba utk mgubah dia namun dia tetap memilih jalan terpesong dr agama kita.......hmmmm.

sudah hampir setahun kami lost contact.Aku teringat pd dia.tapi adakah dia mengingatiku?dia xpernah mencariku..Adakah selama ini dia tidak menganggap aku sahabatnya?Adakah pengorbananku selama ini utk dia dan ku lebihkan shabat dari keluargaku hanya sia2?.....

Dia xtahu..walaupun aku peramah dan mudah berkawan namun bagiku title SAHABAT amat sukar utk aku berikan pada seseorang.....Ya Allah luruskanlah hati kami.

http://api.ning.com/files/dzJVcnA3Xm1D1NmaatMKIAh5HTIHTSc*IjCmPJxSr7uxh1ynX1kiEpRAXgAax81aggBzj40IiodqsFlQCwBj-G3X1NWUK7*z/bestfriendtherapy.jpg



Tuesday, May 20, 2014

PLAN INTERNET MURAH

kali ni utk rekodku ialah plan internet murah utk aku.memandangkan aku guna CELCOM & DIGI,jadi aku ada pilihan nk guna apa kan..

utk CELCOM UOX ku ni aku prefer plan internet SOCIAL RM10!jimat ler..xpya pkir kdt expire or x.








memandangkan guna celcom UOX ni,kredit aku xakan expired sehingga adik ku berumur 25thun.(regster guna no ic adik loo).utk celcom biasa boleh jgk subcribe data plan diatas ni asalkan kredit anda tidak xexpire okay..

seterusnya,plan data internet DIGI.aku guna RM3 seminggu tu tapi kena buka tenet melalui OPERA MINI lor..




Weekly
RM3
Weekly
RM5
Weekly
RM7
Monthly
RM18
Monthly
RM30
Quota 0MB 100MB 250MB 300MB 1GB
Unlimited Social Messaging**
Unlimited Internet Surfing**
Validity 7 Days 7 Days 7 Days 30 Days 30 Days
Dial to subscribe *116*1*1# *116*2*1# *116*3*1# *116*6*1# *116*4*1#
• Unlimited Internet surfing via Opera Mini.
To download, SMS OPERA to 2000 or visit m.opera.com
so kena dwonload OPERA MINI dlu utk dptkan unlimited data..OPERA MINI ni xbestlaa..tp bolehla buka.takde limit kan..so terpaksalah layan~ oppss pastikan kredit tak expired ye.kalau x biar kamu dah subcribe pun kalau kredit expired xboleh jgk..uhu

SELAMAT MEMILIH~!!

 

Monday, May 19, 2014

AMALAN RINGKAS DI MALAM NISFU SYAABAN

tahun ni jatuh pada tarikh 12/06/2014.hari isnin tu ye.so take note evryone~
 


time tu saya balik sabah dah..so mungkin takde masa nak update utk igtkan u ools~
so ini amalan yang mudah bagi saya.

Allah SWT memenuhi keampunan dan Rahmat-Nya pada malam ke-15 Syaaban, maka umat Islam digalak memperbanyakkan amal ibadat dengan membaca:
  • Kalimah syahadah,
  • Surah Yassin tiga kali,
  • Beristighfar,
  • Berselawat dan berdoa,
  • Bertasbih, tahmid, tahlil dan takbir. 

TIPS DAPATKAN KATA CINTA DARI SESEORANG 3/3

Langkah seterusnya

-------------------------------------------------

Seterusnya, pada date yang akan datang, anda pun silalah
keluar dengan dia...dalam masa ini, mainkan emosi anda
dengannya...


Pada ketika anda berdua sudah pergi dating, dia pasti
sangat gembira sebab hasratnya mahu berada bersama anda
sudah tertunai. Jadi semasa dia sedang gembira inilah,
masa yang paling sesuai untuk anda buat dia cakap i love u.

Buatkan situasi ini. pilih tempat yang sesuai dan romantis
agar kedua-dua anda merasakan perasaan yang sama. Pada
masa ini, anda akan dapat lihat dari bahasa badannya yang
dia memang selesa dengan anda,

Mulakan cerita tentang perasaan, yang anda suka kalau
anda ada dengan dia?, dan anda tanya balik adakah dia
suka bila berada bersama anda.

antara dialog yang anda boleh guna ialah :-
bertanya dia " saya tak tahulah awak rasa atau tak apa
yang saya tengah rasa sekarang ni".

Dia tanya , "awak rasa apa tu ?"

Awak cakap " saya rasa bahagia sekarang ni". (sambil lihat
ke dalam matanya).

Kemudian jika dia senyum, tersengih atau sebagainya...
lihat reaksi dia, jika positif, proceed dengan ayat ini.
hanya proceed dengan ayat ini jika anda lihat dia sedang
berbunga2...dan jangan proceed jika anda lihat dia
macam xde perasaan...

Lihat ke dalam matanya selama 4 saat dan ucap...

"i love u awak" atau "saya mahu awak jadi teman hidup saya".

Jika dia balas balik, baguslah! Anda dah pun boleh jadi
couple. Tapi biasanya, perempuan lebih mudah untuk ucap
'i love u' manakala lelaki lebih mudah untuk ucap 'i love
u too'..lelaki biasanya susah nak mulakan dulu sebab
mereka tak berapa pandai luahkan perasaan mereka.

Tetapi jika lelaki mulakannya dulu pun tak apa, tapi
jangan berharap sangat ya :)

Peringatan: lakukan hanya jika anda dan dia merasakan
perasaan in love yang sama..jika tidak, bersedia untuk
keadaan yang lebih buruk.

Peringatan kedua : Saya tiada jaminan. ia tertakluk juga
kepada jodoh anda yang dituliskan tuhan di loh mahfuz.

sharing is caring..saya sudah berjaya.Anda plk bagaimana?

 

TIPS DAPATKAN KATA CINTA DARI SESEORANG 2/3

Ok, saya mengandaikan yang anda dengan dia
dah berkawan lama dan dia memang suka dengan
anda. Dia suka anda dan anda suka dia, anda sudah
cipta tarikan, persamaan dan keintiman dengan dia.

Apa yang anda perlu buat adalah rapatkan keintiman
anda dengannya. Anda jadi sangat rapat dengan dia...
anda perlu kelihatan seperti ASET yang dia rasa, dia
perlu sangat memiliki anda. Pada ketika ini, emosi anda
dan dia sudah membuak-buak. Dia selalu ingat kepada anda
dan anda selalu ingat kepada dia..

Pada ketika ini, anda buat dia gembira, buat dia happy
dan buat dia bagaikan manusia paling bertuah di dunia
ini. Layan dia sampai bila anda tak ada, dia rasa susah.
Buatkan bila anda tak ada, dia rasa sunyi atau keseorangan.

Pada sampai satu tahap untuk anda pergi lebih serius,
check dulu setakat mana dia sukakan anda. dari 100%,
buat penilaian anda rasa berapa banyakkah dia sukakan anda.

Adakah 50%, adakah 70% sukakan anda?

Bagaimana nak check dia suka saya tu?

Dengan lihat pada bahasa badannya, tahap keselesaaan dia
dengan anda. Jika dia sampai tahap ceritakan hal
peribadinya dengan anda, itu dah cukup bagus...
itu bermakna dia percayakan anda...

ok teruskan bacaan...

Jika anda rasakan dia sukakan anda lebih 50%, apa
yang anda harus buat adalah anda harus biarkan dia
sendiri fikir yang dia jatuh cinta dengan anda,

Ini caranya...

Anda undur diri anda perlahan-lahan pada ketika dia
semakin sukakan anda...

Hakikatnya, bila seseorang itu sangat sukakan anda
dan mula sayangkan anda, apabila anda mengabaikan
dia, dia akan menjadi marah. Bunyinya agak berbahaya.
Tapi saya cadangkan anda cuba dulu..

cuba lihat pada ibu bapa anda sendiri, jika mereka tak
mahu bercakap dengan anda, anda pun akan merasa pelik
dan mula rasa bersalah. Mula la anda nak menegur mereka
dan cuba mengambil hati mereka bukan? lagi mereka tak
tegur anda, lagi anda susah hatikan?

Jika anda mengurangkan call, tetapi dia yang banyak
call anda, yes, anda dah berjaya sedikit.

Jika anda buat2 tak mahu pergi dating atas alasan
kerja, dan dia merajuk atau marah, ini menunjukkan
yang dia 'kesah' apabila anda menolak permintaan dia.
Ini tanda yang anda ini sudah mula 'attached' dalam
hidup dia.

Jika anda kurangkan date anda kepada seminggu sekali,
dan tak angkat call dia dengan segera dan tak tunaikan
permintaan dia secepat kilat, dan dia marah, ya dia
memang kesah bila anda tak ada dengan dia.


Lihat balik, adakah dia semakin tergilakan anda atau
semakin tak kesah yang anda tak wujud. Adakah anda
rasa tahap dia sukakan anda meningkat. Jika dari 50%
menaik ke 60%, anda dah berjaya.


jadi jika dia semakin tergilakan anda, asyik call dan
mula memujuk rayu, yes anda dah berjaya.

 Langkah seterusnya..BERSAMBUNG..


TIPS DAPATKAN KATA CINTA DARI SESEORANG

saya akan kongsikan teknik
untuk buat dia cakap 'i love u' pada anda.

bagaimana nak buat dia cakap i love u ni? Sebenarnya ia
lebih kepada bagaimana cara anda dengan dia hendak minta
couple atau membuat ikatan yang anda berdua ini sudah
bersedia untuk menjadi pasangan.

Satu perkara yang pasti, jika anda ucapkannya terlalu awal,
baru keluar dating dengan dia 2 kali dah cakap macamtu,
habis lah anda.

Waktu yang terbaik untuk buat dia ucap i love u adalah
apabila dia sendiri sedar yang dia 'love' anda. Anda harus
bijak untuk buat dia sedar yang anda inilah orangnya
untuk dia.

Ini strateginya, ingat lagi tak 3 unsur penting ini?

Tarikan + persamaan + keintiman = jatuh cinta

 First, make sure
yang ketiga-tiga unsur ini telah dipenuhi.

Bersambung....