Monday, May 19, 2014

TIPS DAPATKAN KATA CINTA DARI SESEORANG 3/3

Langkah seterusnya

-------------------------------------------------

Seterusnya, pada date yang akan datang, anda pun silalah
keluar dengan dia...dalam masa ini, mainkan emosi anda
dengannya...


Pada ketika anda berdua sudah pergi dating, dia pasti
sangat gembira sebab hasratnya mahu berada bersama anda
sudah tertunai. Jadi semasa dia sedang gembira inilah,
masa yang paling sesuai untuk anda buat dia cakap i love u.

Buatkan situasi ini. pilih tempat yang sesuai dan romantis
agar kedua-dua anda merasakan perasaan yang sama. Pada
masa ini, anda akan dapat lihat dari bahasa badannya yang
dia memang selesa dengan anda,

Mulakan cerita tentang perasaan, yang anda suka kalau
anda ada dengan dia?, dan anda tanya balik adakah dia
suka bila berada bersama anda.

antara dialog yang anda boleh guna ialah :-
bertanya dia " saya tak tahulah awak rasa atau tak apa
yang saya tengah rasa sekarang ni".

Dia tanya , "awak rasa apa tu ?"

Awak cakap " saya rasa bahagia sekarang ni". (sambil lihat
ke dalam matanya).

Kemudian jika dia senyum, tersengih atau sebagainya...
lihat reaksi dia, jika positif, proceed dengan ayat ini.
hanya proceed dengan ayat ini jika anda lihat dia sedang
berbunga2...dan jangan proceed jika anda lihat dia
macam xde perasaan...

Lihat ke dalam matanya selama 4 saat dan ucap...

"i love u awak" atau "saya mahu awak jadi teman hidup saya".

Jika dia balas balik, baguslah! Anda dah pun boleh jadi
couple. Tapi biasanya, perempuan lebih mudah untuk ucap
'i love u' manakala lelaki lebih mudah untuk ucap 'i love
u too'..lelaki biasanya susah nak mulakan dulu sebab
mereka tak berapa pandai luahkan perasaan mereka.

Tetapi jika lelaki mulakannya dulu pun tak apa, tapi
jangan berharap sangat ya :)

Peringatan: lakukan hanya jika anda dan dia merasakan
perasaan in love yang sama..jika tidak, bersedia untuk
keadaan yang lebih buruk.

Peringatan kedua : Saya tiada jaminan. ia tertakluk juga
kepada jodoh anda yang dituliskan tuhan di loh mahfuz.

sharing is caring..saya sudah berjaya.Anda plk bagaimana?

 

No comments:

Post a Comment