Ok, saya mengandaikan yang anda dengan dia
dah berkawan lama dan dia memang suka dengan
anda. Dia suka anda dan anda suka dia, anda sudah
cipta tarikan, persamaan dan keintiman dengan dia.
Apa yang anda perlu buat adalah rapatkan keintiman
anda dengannya. Anda jadi sangat rapat dengan dia...
anda perlu kelihatan seperti ASET yang dia rasa, dia
perlu sangat memiliki anda. Pada ketika ini, emosi anda
dan dia sudah membuak-buak. Dia selalu ingat kepada anda
dan anda selalu ingat kepada dia..
Pada ketika ini, anda buat dia gembira, buat dia happy
dan buat dia bagaikan manusia paling bertuah di dunia
ini. Layan dia sampai bila anda tak ada, dia rasa susah.
Buatkan bila anda tak ada, dia rasa sunyi atau keseorangan.
Pada sampai satu tahap untuk anda pergi lebih serius,
check dulu setakat mana dia sukakan anda. dari 100%,
buat penilaian anda rasa berapa banyakkah dia sukakan anda.
Adakah 50%, adakah 70% sukakan anda?
Bagaimana nak check dia suka saya tu?
Dengan lihat pada bahasa badannya, tahap keselesaaan dia
dengan anda. Jika dia sampai tahap ceritakan hal
peribadinya dengan anda, itu dah cukup bagus...
itu bermakna dia percayakan anda...
ok teruskan bacaan...
Jika anda rasakan dia sukakan anda lebih 50%, apa
yang anda harus buat adalah anda harus biarkan dia
sendiri fikir yang dia jatuh cinta dengan anda,
Ini caranya...
Anda undur diri anda perlahan-lahan pada ketika dia
semakin sukakan anda...
Hakikatnya, bila seseorang itu sangat sukakan anda
dan mula sayangkan anda, apabila anda mengabaikan
dia, dia akan menjadi marah. Bunyinya agak berbahaya.
Tapi saya cadangkan anda cuba dulu..
cuba lihat pada ibu bapa anda sendiri, jika mereka tak
mahu bercakap dengan anda, anda pun akan merasa pelik
dan mula rasa bersalah. Mula la anda nak menegur mereka
dan cuba mengambil hati mereka bukan? lagi mereka tak
tegur anda, lagi anda susah hatikan?
Jika anda mengurangkan call, tetapi dia yang banyak
call anda, yes, anda dah berjaya sedikit.
Jika anda buat2 tak mahu pergi dating atas alasan
kerja, dan dia merajuk atau marah, ini menunjukkan
yang dia 'kesah' apabila anda menolak permintaan dia.
Ini tanda yang anda ini sudah mula 'attached' dalam
hidup dia.
Jika anda kurangkan date anda kepada seminggu sekali,
dan tak angkat call dia dengan segera dan tak tunaikan
permintaan dia secepat kilat, dan dia marah, ya dia
memang kesah bila anda tak ada dengan dia.
Lihat balik, adakah dia semakin tergilakan anda atau
semakin tak kesah yang anda tak wujud. Adakah anda
rasa tahap dia sukakan anda meningkat. Jika dari 50%
menaik ke 60%, anda dah berjaya.
jadi jika dia semakin tergilakan anda, asyik call dan
mula memujuk rayu, yes anda dah berjaya.
Langkah seterusnya..BERSAMBUNG..
No comments:
Post a Comment