Wednesday, February 12, 2014

CARA MENDEKATI SESEORANG YANG DIMINATI

 sharing is caring babe~

Pada satu hari anda berjalan-jalan di suatu tempat dan mengesan seseorang yang menarik
perhatian. Anda sangat berminat untuk berkenalan dengannya. Tetapi apakah cara untuk anda mendekati dia ini?Apa yang anda perlu lakukan adalah :-


1) Pandang padanya dengan tetap selama beberapa saat.
Berikan renungan paling menawan yang anda boleh beri.

2) JIKA DIA MEMANDANG, SENYUM PADANYA.
Jangan larikan mata anda

3) Bersiap sedia untuk sidia memalingkan mukanya. Manusia
memang telah dilatih untuk memalingkan muka kerana rasa
malu.

4) JIKA DIA MEMANDANG KEMBALI DALAM 45 SAAT,
berikan senyuman, angguk padanya atau angkatkan
kening anda. Perbuatannya untuk menoleh semula
dalam 45 saat itu menandakan dia berasa tertarik
dengan anda!

5) Langkah terakhir adalah untuk bergerak padanya dan mulakan
perbualan anda dengannya. Ia perlukan keberanian ya!

Mudah kan? ianya pasti berkesan. Kalau tak percaya, cubalah dahulu :)

Cara ini jgk boleh diguna pakai untuk mendapatkan perhatian kpd seseorang yg diminati..

kalau dah kahwin tu jgnla nk mgatal k.hihi