salam, semasa memikat, ada beberapa
perkara yang anda perlu jauhkan.
1) jangan terlalu baik. Jika dia minta anda sesuatu,
adakalanya bolehlah turutkan. Tapi jangan turutkan semua
perkara. Anda akan kelihatan tak menarik,mudah
diperalatkan dan tiada harga diri. Bahaya ni ya! Belajarlah
untuk menolak beberapa permintaan. Ia akan menunjukkan yang
anda juga manusia biasa yang juga ada masa sibuk dan lapang.
2) jangan cakap pasal perasaan terlalu cepat. Ada orang,
baru pertama kali dating dah tanya bila nak couple. Selagi
dia tidak tertarik pada anda, soalan ini akan tutup hatinya
lagi cepat dari keretapi ekspress.
3) Jadi apa yang anda patut jadi. lelaki sepatutnya
jadi dominan, bermakna menguasai. Jika lelaki pula asyik
menurut kata gf, susahlah. Perempuan pula perlu patuh
pada lelaki. Oleh itu, jangan pula cuba menjadi "queen control".
4) Jauhkan dari berkata yang buruk. Jika anda selalu merungut,
dalam mata dia anda ini adalah perungut. Jika anda selalu marah-
marah, dalam mata dia anda ini panas baran. jaga perkataan anda,
nampak mudah tapi ia akan menentukan samada dia sudi berpasangan
dengan anda atau tidak.
5) Jangan gelak pada dia. Setiap orang mempunyai minat berbeza.
Jika dia suka justin bieber, anda diam sahaja. Jangan mengutuk
dan mengeji justin bieber di depan dia. Sama juga jika dia
minat lady gaga. Berlakonlah atau diamkan sahaja. Peluang anda
akan lebih mudah jika anda mempunyai minat yang sama.
OK LAST ARTIKEL TENTANG CINTA-CINTA.kalau ade sesapa yg nk tahu byk
tentang artikel cinta2 ni search kat tulisan lama kat sebelah ni
ye..bye~
sharing is caring.TQ En.Fikri.
No comments:
Post a Comment