Tuesday, July 8, 2014

TIPS PENTING MEMIKAT

salam,hari ini saya nak kongsikan
cara untuk memudahkan dia untuk jatuh cinta
kepada anda. tetapi saya nak tanya anda dulu,
adakah anda rasa badan yaang sasa
atau langsing itu penting?

"penting ke nak jawab ni?" ha sabar ya..
teruskan bacaan anda..saya akan jawab sebentar lagi..

Ada sesetangah orang tak kesahkan perkara ni,
tapi kalau anda miss satu point penting ni,
memang susah anda nak memikat...

ianya adalah..

jeng jeng jeng.....

Apa yang penting adalah, adakah penampilan anda
nampak berkeyakinan

ok ini penjelasannya. jika postur badan anda
sendiri nampak tidak berkeyakinan, maka susahlah
bagi anda untuk memikat dia jangan bongkokkan badan
anda, kerana anda akan kelihatan defensif dan juga
kurang yakin dengan diri anda.

Jika anda sendiri tidak kelihatan yakin, bagaimana
pula anda nak meyakinkan dia kan?

ok lihat ini pula. Jika anda berjalan dengan dada
membuka, pandangan mata yang jelas, senyuman yang
berkeyakinan adakah anda rasa lebih hebat dan
berkeyakinan?

Sudah tentu. Dan memang pasti! Dan lagi mudahlah
untuk dia jatuh hati pada anda.

Tak kiralah sehebat manapun ayat anda, manis
bagaimanapun rupa anda, jika penampilan anda tidak
bagus, peluang anda mungkin
akan menjadi lebih sukar.

Betulkan postur badan anda. Dan jangan lupa beli
baju baru ok!

P/s : Tak perlu yang branded...yang penting nampak
berkeyakinan ye :)

http://static.fashionbeans.com/wp-content/uploads/2011/05/smartcasualmain.jpg

No comments:

Post a Comment