cerita ni terkena jgk skrg dbatang hidung aku..nahhh..aku lupa dah tips penting ni.ok jom share.
Ada seorang rakan perempuan saya yang
putus dengan teman lelakinya. Atas satu sebab
yang saya kira kesian juga lah. Ianya adalah
sebab teman lelakinya menyampah dengannya.
Dia kata lelaki itu tidak dapat menerima dia
seadanya. Bila saya tanyakan teman lelakinya,
dia kata
"Macamna, aku setiap pagi hantar dia
pergi kerja dan balik kerja, rumahnya dahlah jauh.
tapi sebab sayang akan turutkan juga. tapi
bila aku lewat pula boleh dimarahnya aku. Dah cukup
baiklah aku hantarkan dia dari dia pergi kerja naik bas.
Belum lagi cerita pasal cemburu. Setiap masa
nak check telefon aku padahal aku ni dah setia dah"
dan cerita itu tak berakhir dengan indah. Panjang nak
baca kan?
Dalam perhubungan, tolak ansur adalah sangat penting.
Anda tak boleh menjadi king atau queen, sebab hubungan
dicipta atas dasar kerjasama. nanti dah kahwin, lagi
banyak nak kena tolak ansur.
jangan fikirkan kepentingan anda sahaja. Pasangan anda
bukanlah alat untuk anda bersenang lenang dan hidup
macam maharaja.
Oleh itu, marilah kita muhasabah. Jangan terlalu
menekan pasangan kita. Jangan pula naik suara atau
cuba-cuba jadi diktator ya.
Dan akhir sekali, jangan sampai dia fedup pada kita ya !
No comments:
Post a Comment