ini cara memudahkan anda ye bila memasak.lagipun memberi kesihatan keluarga.Cara membuat cili boh dirumah tahan lama dan cara mudah membuang biji cili kering.
1. Beli lah cili kering 250grm ke sukahati anda.
2. Buang batang kepala cili kering tu kalau ada lah.Guna gunting.
3. Bila ko buang kepala cili kering tu potongla sekali menjadi 2-4 keping sukahati.
Automatik akan keluarlah sedikit demi sedikit biji2 cili tu.TAK PERLU susah nak usahakan bagi keluar biji2 tu ye.Buang masa okay! kita ni nak senang jer..
4. Pastu ko rendamlah semalaman..Jgn simpan kat dlm peti ais ok.
5.Then,ko cucila dibawah air paip mengalir..Gunakan saringan untuk menyaring keluar biji2 yang banyak itu.cucilah brpa kali ko suka..
6. Setelah siap,ko ambikla yang ko nak guna seminggu tu.cth sekepal tangan tu ko blenderla dan simpan kat bawah peti ais biasa utk kegunaan seharianmu.Inilah dipanggil ciliboh.
7. Yang lain2 tu ko asingkan kat dalam plastik mengikut kuantiti kesukaan kamu then masukkan kat freezer.Boleh tahan berbulan2..Bila nak guna rendam air 2minit dah boleh blender.
No comments:
Post a Comment